
Jika laut adalah kebenaran mutlak. Yang kita ada hanyalah satu cawan untuk diisi. Itulah kemampuan kita. Jadi tidak kira berapa banyak kita isi cawan kita, ia tetap menjadi jumlah yang terhad dari laut. Sekarang bayangkan bagaimana semua orang di seluruh dunia bergaduh tentang cawan siapa yang paling bagus dan mengapa cawannya adalah pandangan yang paling betul tentang laut. Sedangkan hakikatnya, tiada satu pun dari kita yang memiliki satu laut dalam cawan kita. Dan inilah keadaan kita yang sebenar dalam berhubung dengan kebenaran, tuhan dan agama.
Tidak ada sesiapa yang berhak untuk membuat keputusan terhadap orang lain kerana ada sesetengah antara mereka percaya bahawa pandangan dialah yang betul-betul benar. Heh, itu hanya persepsi masing-masing. Memang, sesetengah orang mungkin lebih tepat dari yang lain dan sesetengah lagi mungkin telah menokok nambah kepalsuan ke dalam cawan mereka, tetapi tetap tidak ada yang memiliki kebenaran sepenuhnya.
Dan inilah sebab mengapa ia sangat penting untuk kita membina perjalanan kita sendiri serta mengisi cawan kita sendiri. Sementara memahami dan menerima kenyataan bahawa orang lain memiliki cawan yang berbeza tetapi berasal dari laut yang sama.
jangan sesekali biarkan orang lain memberitahu kamu yang kamu tidak boleh melakukan sesuatu.
Fasa 3.

