September 29, 2010

2 Perkara Perlu Dijaga

Isteri - Bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa-doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Anak-anak - Cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata-kata atau perbuatan, maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa-doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dan lain-lain lagi. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah di bumi lagi.

Oleh itu ibu mesti belajar mengampunkan anaknya setiap malam, samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan suami mesti belajar mengampunkan isterinya setiap malam, samada isteri meminta atau tidak agar sama-sama kita tidak dibelenggu dosa secara sengaja atau pun tidak.

Ingatlah, seorang isteri mesti taat kepada suaminya. Manakala, si suami mesti taat kepada ibunya. Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal-bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai kuasa mutlak.



yang penting bukanlah 'mempunyai' kuasa tetapi 'menggunakan' kuasa itu dengan bijak.




source; pakarhowto.com