November 7, 2011

Solehah dimata Pencipta.

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya, tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.

Itulah wanita solehah di sisi Allah.

Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.

Hadis Riwayat Ahmad; Sabda Rasulullah SAW dari Anas.


Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa wanita yang menjaga amal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita yang mana dijanjikan Syurga. Malah boleh mmilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah.

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:

Taat kepada Allah dan RasulNya & taat kepada suami.

Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya. Maka, sebenar-benar solehah itu ada pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaikan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.

Hadis Riwayat Baihaqi.


Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta.

Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat.

Nah,

Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya.

Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita..

---

Solehah di mata Pencipa itu lebih utama. Maka usahakanlah untuk menjadi solehah dengan beriman denganNya, taat pada perintahNya, menjauhi segala laranganNya. Serta berusaha mendekatiNya. Nilaian pada Pencipta lebih utama. Bukan bermaksud ketepikan pandangan manusia. Tapi biarlah seimbang. Menjaga hubungan dengan Allah serta menjaga hubungan dengan manusia. Menjadi solehah dimata manusia, tapi usahakan dulu untuk menjadi solehah di hadapan Pencipta. Tak guna solehah di manusia, andai hina disisi Pencipta. Jagalah akhlakmu pada Allah dan baginda Rasulullah. Jagalah hatimu dengan Allah. Jagalah ibadahmu. Jagalah peribadi dan akhlakmu.

Kalau kita melihat Mawar adalah secantik-cantik bunga kerana kesempurnaannya dari segi rupanya, baunya, serta khasiatnya. Begitulah manusia. Jadilah seperti mawar. Indah luaran, cantik dalaman. Pandai menjaga hubungan dengan Tuhan dan tak lupa makhluk sekalian alam.

Jangan mudah goyang dengan title SOLEHAH dari seorang manusia. Kita perlu usaha lebih untuk mendapat title SOLEHAH disisi agama. Bukan susah, tapi memerlukan pengorbanan dan usaha gigih. Tak perlu takut jika anda tidak mampu menjadi yang terbaek buat manusia, tapi berusahalah untuk menjadi yang paling terbaek disisi Tuhan Yang Berkuasa.

Kalau isteri solehah, taatnya Cuma pada suami. Kalau anak yang solehah, taatnya Cuma pada ibu bapa. Maka, jadilah WANITA SOLEHAH. Taatnya pada Allah, suami & ibu bapa insyaAllah.

Tetapi ingat, menjadi SOLEHAH bukan semata-mata untuk mendapatkan lelaki yang SOLEH. Tetapi mahu menjadi hamba yang BERHARGA disisiNya.

Orang yang beriman pasti berilmu, dan orang yang berilmu belum tentu beriman.

dan jika kita benar-benar beriman pasti kita tidak menidakkan hukum Allah malah kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah sejurus dengan ajaran Rasulullah SAW. Nah, apabila iman sudah tertanam dalam hati pasti kita tidak akan mempersetankan hal orang lain untuk menidakkan hukum Allah kerana iman adalah ilmu yang menghilangkan segala keraguan.