Bukanlah dalam hidupnya x pernah berbuat salah..
& bukanlah dia yg suci tak ternoda.
Bukan juga tidak menyinta makluk berlawanan jantina darinya.
Bukan juga berkopiah berjanggut sedepa.
Juga bukan yang hanya berserban bersongkok sentiasa.
Tidaklah boleh diukur melalui pakaian semata.
atau menggunung harta pusaka.
Namun..
Soleh itu adalah,
Dia yg apabila berbuat salah terus memohon maaf & keampunan-Nya..
di saat alpa & lalai dia terus memperbaikinya..
Sentiasa belajar menjadi lebih baik kerana Nya..
yang mana akhirnya tahu taat pada Allah dan Rasulnya.
Menyintai jodohnya hanya keranaNya
dan membawa ke syurga yang kekal disana.
dimana akhirnya mati syahid adalah cita-citanya.
Kemudian dia sedar akhirat adalah tujuan hidupnya.
Perlu zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
Menjadikan qiamullail selimut tidurnya.
Ia sentiasa beringat untuk bertawakal penuh kepada Penciptanya.
Serta bersedekah walau apa jua keadaan sama ada senang atau susah.
Walaupun mungkin pernah tersungkur dek cobaan dunia,
namun masih boleh digelar soleh..
Kerana ianya semua datang jauh ke satu keping daging yang berada jauh di dalam badan insan iaitu
hati..
Tempat yang tak akan pernah menipu, walau sekali..
Apabila hati bersih,
Maka terpancar keindahan akhlak melalui fizikalnya
dan menjadikannya,
Soleh.

