January 7, 2012

Dunia Atau Akhirat?

Perbezaan antara kamu semua dengan orang sebelum kamu semua adalah dunia mencari mereka namun mereka menjauhinya. Sedangkan kamu semua dibelakangi oleh dunia namun kamu semua tetap sahaja mengekorinya.

Ibrahim At Taimi



Seorang hamba yang soleh telah bertanya kepada anak saudaranya. "Hendak ke mana perjalanan mu ini?" Jawabnya: "Mencari dunia." Dia bertanya lagi: "Adakah kamu mengenal duniamu itu?" Anak saudaranya menjawab: "Belum kenal." Orang soleh itu mengatakan: "Bagaimana kamu ini. Sesuatu yang tidak kamu kenal, kamu mencarinya. Padahal kamu sudah mengenali sesuatu, namun tidak kamu cari."

Ibnu Jauzi, Tabshirah II: 110