Baru sekarang aku faham, betapa susahnya zaman Rasulullah dahulu hendak berjuang menegakkan agama Islam. Baginda terpaksa menghadapi segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh kaum musyrikin terus-menerus selama bertahun-tahun lamanya. Tetapi baginda tetap berjuang dan meneruskan dakwahnya dengan sabar dan taat. Sekalipun baginda terpaksa turun berjihad dan mengorbankan nyawanya sendiri di dalam medan perang.
Dan baru sekarang terbuka mata dan akal fikiran aku yang sejak kehadiran Ustaz Azhar Idrus dalam penyampaian dakwahnya telah banyak mengubah cara aku berfikir dan banyak memberi kesedaran kepada aku bahawa bukan mudah untuk berjuang menegakkan agama Islam jika kita tidak berilmu. Terutamanya dalam negara kita sendiri di mana terdapat pelbagai budaya yang kebanyakan masyarakat kita banyak terpengaruh dan terikut-ikut dengan cara dan gaya kehidupan orang-orang barat. Alpa dengan landasan agama sendiri sehingga kita tidak sedar terjerumus ke lembah perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Nah, kita seharusnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya lahir sahaja kita di muka bumi Allah ini kita sudah dianugerahkan dengan Al-Quran dan hadis untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam kehidupan seharian sampailah ke hari kiamat. Tinggal nak ikut dan amalkannya sahaja. Tetapi ramai lagi yang masih buta. Termasuklah aku. Haih! Masyarakat zaman Rasulullah dan zaman sebelumnya dahulu ada semua ni? Kalau tidak disebabkan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ajaran para Nabi, para Rasul dan para sahabat. Tidak mungkin mereka dapat meyakini dan menyebut kalimah Lailahailallah. Bukanlah aku sanjung sangat UAI. Tidak semua perkara atau penyampaiannya aku terima bulat-bulat. Tetapi bagi aku, berdasarkan cara penyampaiannya yang bersahaja itu memang mudah untuk difahami oleh semua orang. Terutamanya yang beragama Islam. Selit sikit dengan lawak sinisnya yang terkadang memakan diri, hilanglah rasa mengantuk dan bantai gelak berdekah-dekah.
Yang buat aku sentap, masih ada lagi lahanat-lahanat dikalangan kita yang suka-suka hati menabur fitnah dan menuduhnya yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tu berdakwah, mengingatkan awak tu untuk amal makruf nahi mungkar. Yang awak pergi hentam dia buat apa? Hentikanlah dari hasad dengki mendengki sesama sendiri. Ambil yang baik dan yang tak baik tu kasi buang sudah. Jangan biarkan diri kita dipermainkan dan dipengaruhi oleh bisikan-bisikan setan laknatullah.
Untuk pengetahuan semua, gelombang pengikut kuliah UAI meningkat dengan drastik sekali dalam tempoh yang singkat di seluruh pelusuk semenanjung Malaysia setakat ini. Lebih-lebih lagi pengikutnya kebanyakan orang-orang muda. Bakal peneraju negara. Nah. Betapa manisnya iman jika kita sentiasa dahagakan ilmu-ilmu agama dan melaksanakan hukum-hukum Allah di jalan yang benar. Betul, dengan ilmu sahaja mereka yang jahil sudah menjadi takut. Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Nampak tak?
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan sabar.

