December 13, 2011

Tahajjud


Wahai saudaraku, bangunlah di tengah malam yang hening

Ucapkanlah doa dengan suara yang bening

Rasa penyesalan kerana selama ini kamu
dalam kelalain sering

Kerana selama ini jiwamu kering

Tumpahkanlah air mata penyesalan

Dengan lisanmu penuh kerendahan

Dalam jiwa yang penuh pengharapan

Katakanlah dengan jiwa penghambaan

Wahai mendung kelalaian, lenyaplah

Wahai suria ketakwaan terbitlah

Wahai catatan amal soleh muncullah

Wahai hati yang bertahajjud khusyuklah

Wahai kaki yang terlipat bertaubatlah

Wahai mata yang berdosa bangunlah

Wahai dosa yang telah bertaubat jangan kembali, pergilah

Wahai bumi hawa nafsu kebusukanmu telanlah

Wahai fikiran orang yang alim bertahanlah

Wahai nafsul mutmainnah kukuhlah

Sungguh orang yang suka menjawab panggilan beruntunglah

Bangunlah dan solatlah!


Source; Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy