July 6, 2011

Sunat Qabliyah & Ba'diyah

Sabda Rasulullah SAW:

solat dua rakaat sunat subuh lebih aku cintai dari dunia & seisinya.

source; hadis riwayat muslim.


Sabda Ummi Habibah RA:
barangsiapa menjaga 4 rakaat sebelum Zuhur dan 4 rakaat setelahnya, maka Allah haramkan ia dari neraka.

source; hadis riwayat abu dawud.


Ummi Habibah adalah merupakan salah seorang isteri Rasulullah. Sebelum dinikahi Rasulullah SAW, Ummi Habibah adalah janda dari seorang sahabat bernama Ubaidillah bin Jahsy yang menjadi kelompok pertama yang ikut hijrah ke Habayah. Kemudian setelah Ubaidillah wafat dan Nabi SAW memuliakan Ummi Habibah dengan menikahinya.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sentiasa menjaga (melakukan) 12 rakaat (rawatib); ada yang mengatakan 10 rakaat iaitu:4 rakaat sebelum Zuhur dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah Maghrib di rumah beliau dan 2 rakaat sesudah Isya’ di rumah beliau dan 2 rakaat sebelum Subuh.

source; hadis riwayat imam bukhari & muslim.