February 11, 2011

Antara Sahabat & Ikhwan

Pada suatu hari terjadi percakapan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Bakar Sidiq. Sahabat-sahabat yang lain pun mendengarkannya.

"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-sauradaku(ikhwan)," berkata Nabi.

"Wahai Rasulullah, bukankan kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar.

"Bukan!" jawap Nabi.

"Kamu ini adalah sahabat-sahabatku," selanjutnya Nabi berkata & menegaskannya.

Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat & ikhwan? Siapakah yang dimaksudkan baginda itu dengan penuh kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka & suasana percakapan menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan ini persoalan yang belum pernah mereka dengar dari baginda.

Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar & sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikannya.

"Ikhwan(saudara-saudara) ku."

"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi beriman denga aku sebagai Rasulullah & mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka."

"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?" bertanya sahabat baginda, mereka masih merasa hairan & ingin tahu penjelasan Nabi s.a.w selanjutnya.

"Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku," jelas baginda.

"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?" Demikian baginda memperjelaskan perkara itu.

Begitulah Nabi s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah & Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Al-Quran & Hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar Sidiq & sahabat-sahabat Nabi yang berjuang pada menegakkan Islam.

Dalam suatu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurniaan iman ikhwan & sekali lagi mereka menjadi kehairanan.

"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?" demikian baginda bertanya kepada sahabat.

"Malaikat," jawab mereka.

"Bagaimana Malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?" jawab baginda.

"Para Nabi," jawapan mereka lagi.

"Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu itu diturunkan kepada mereka?" baginda membantah jawapan mereka.

"Kami," jawab sahabat lagi.

"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?" jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Betapa hairannya para ashabat mendengarkan jawapan-jawapan baginda & mereka sudah cukup dapat memahaminya. Manakala baginda sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetai siapakah makhluk ini; yang paling ajaib imannya.

"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca Al-Quran & beriman dengan semua isinya."

Baginda pernah menegaskan lagi tentang kemurniaan iman ikhwan ini dalam sabdanya:

berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku.


Demikian Nabi Muhammad s.a.w mencintai ikhwan itu.


Source; Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW