Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Barang siapa menghafal empat puluh hadis mengenai agama yang mengandungi faedah untuk umatku maka dia akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t bersama golongan para ulama & syuhada.
Allah berfirman kepadanya:
masuklah syurgaku dari mana-mana pintu yang kamu sukai.
Demikianlah janji Allah s.w.t terhadap pengamal hadis tersebut. Justeru, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan yang amat bernilai ini demi kebaikan kita bersama.
1. "Setiap amalan itu bergantung pada niat." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
2. "Allah tidak menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
3. "Tidak akan masuk syurga orang yang mengumpat." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
4. "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
5. "Kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
6. "Orang Islam ialah mereka yang sejahterakan sekalian orang Islam lain dari (bahaya) lidah & tangannya." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
7. "Apabila engkau tidak ada perasaan maly maka kerjakanlah apa engkau kehendaki." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
8. "Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah pekerjaan yang berpanjangan (berterusan) walaupun sedikit." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
9. "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
10. "Orang mukmin tidak akan terjun dua kali ke dalam lubang yang sama." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
11. "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu ialah kamu yang baik akhaknya." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
12. "Tidak halal bagi seorang mukmin bahawa ia meninggalkan saudaranya (tidak bertegur sapa) lebih dari tiga malam." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
13. "Malaikat tidak akan masuk ke dalam sebuah rumah yang ada padanya anjing atau gambar-gambar (patung)." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
14. "Sesiapa yang tidak memiliki sifat peramah dan lemah lembut dalam pergaulan tidak akan memiliki apa-apa kebaikan." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
15. "Pakaian yang melebihi dua buku lali adalah habuan api neraka." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
16. "Kekayaan yang sebenar ialah kaya jiwa." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
17. "Tinggallah di duni ini seolah-olah engkau orang asing atau seperti seorang pengembara." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
18. "Mencukupi bagi seseorang itu berbohong sesungguhnya dia menceritakan semua perkara yang telah didengarinya." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
19. "Bapa saudara bagi seorang lelaki seperti ayahnya." (Hadis riwayat Al-Bukhary & Muslim)
20. "Sesiapa yang menutu keaiban seorang musli Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim)
21. "Sesungguhnya berjayalah seseorang yang masuk Islam dan telah diberi rezeki yang mencukupi dan dia rasa mencukupi dengan apa yang Allah berikan kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim)
22. "Orang Islam saudara kepada muslim yang lain." (Hadis Riwayat Muslim)
23. "Tidak masuk syurga siapa yang tidak selamat jirannya daripada keburukan." (Hadis Riwayat Muslim)
24. "Aku adalah penutup bagi para nabi, tidak ada nabi selepas aku (Nabi Muhammad SAW)." (Hadis Riwayat Al-Bukhary & Muslim)
25. "Jangan kamu memutuskan silaturrahim dan jangan kamu bergaduh (marah-marah) dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah yang bersaudara." (Hadis Riwayat Al-Bukhary)
26. "Sesungguhnya Islam merobohkan apa yang sebelumnya dan hijrah merobohkan apa yang sebelumnya dan haji merobohkan apa yang sebelumnya." (Hadis Riwayat Muslim)
27. "Tidak beriman seorang hamba sehingga dia suka untuk saudaranya apa yang ia suka untuk dirinya sendiri." (Hadis Riwayat Al-Bukhary & Muslim)
28. "Dosa besar ialah syirik dengan Allah s.w.t dan menderhaka kepada kedua ibu bapa dan membunuh dirinya dan membuat penyaksian palsu." (Hadis Riwayat Muslim Wamasykuh)
29. "Barangsiapa yang melapangkan orang mukmin dari kedukaan dunia, Allah akan melapangkan diri dia satu kedukaan dari segala kedukaan pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Wamasykuh)
30. "Dan barangsiapa menutup rahsia seorang Islam nescaya Allah menutup rahsianya di dunia dan di akhirat." (Hadis Riwayat Muslim Wamasykuh)
31. "Dan Allah selalu menolong hambanya selama hambanya itu dalam usaha menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim Wamasykuh)
32. "Tiap-tiap yang bida'ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." (Hadis Riwayat Muslim)
33. "Kebersihan sebahagian daripada iman." (Hadis Riwayat Al-Bukhary & Muslim)
34. "Tempat yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t ialah masjid-masjidNYA." (Hadis Riwayat Muslim)
35. "Kamu harus luruskan baris kamu atau Allah Ta'ala berpaling dari wajah-wajah kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
36. "Lelaki yang palng di benci di sisi Allah ialah orang yang suka bergaduh." (Hadis Riwayat Al-Bukhary & Muslim)
37. "Sesungguhnya setiap pekerjaan itu ada kesudahannya." (Hadis Riwayat Al-Bukhary & Muslim)
38. "Bukan dinamakan kuat atau hebat dengan berlawan sesungguhnya kuat yang sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Hadis Riwayat Al-Bukhary & Muslim)
39. "Hak orang Islam ke atas orang Islam adalah lima perkara; menjawab salam, menziarahi ketika sakit, mengiringi jenazah, menerima jemputan dan menjawab ketika bersih." (Hadis Riwayat Al-Bukhary, Muslim, Targhaib)
40. "Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali." (Hadis Riwayat Muslim)
Saya harap himpunan hadis 40 ini akan dapat memberi kesedaran tentang kelebihan & manfaat darinya. Maklumlah zaman sekarang, penuh dengan pancaroba. Terus, jadikanlah hadis sebagai panduan keutamaan sebelum membuat sesuatu. InsyaAllah jiwa kita akan rasa tenang walaupun berat mana beban yang kita pikul.
Source; Al-Shafa

