don't think you are, know you are.
The Arrivals #16; Media & Islam.
Ikuti kisah The Arrivals -- Siri dokumentasi oleh Noreagaaa & Achernahr Production menyiasat tentang ketibaan Dajjal, Imam Mahdi, dan penurunan kedua Nabi Isa A.S. Kisah ini mempunyai 5 episod termasuk 50 chapter.
Bagi aku dokumentasi macam ini sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya terbuka sikit minda kau orang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Apa sebenarnya permainan dan muslihat golongan-golongan pemerintah elit dan apa sebenarnya maksud kekejaman peperangan itu sendiri.
Walaupun negara kita sudah merdeka tetapi belum tentu bebas dari segi jajahan. Jajahan yang macam mana aku maksudkan? Secara teknikalnya ya benar, kita sudah bebas dijajah dari segi peperangan, bagaimana pula dari segi saikologi? ideologi? -- seperti anasir-anasir di sekeliling kita, media, movie, muzik, makanan, pakaian dan politik segala. Pernah terfikir? Dan jajahan seperti ini tidak akan pernah ada hentinya -- "They will never stop!" Golongan-golongan Illuminati ini akan terus berusaha untuk mencari jalan untuk menindas kita kaum Islam -- sejak dari zaman Firaun lagi. Perancangan dan muslihat mereka sangat halus dan sangat terancang sehingga kini. Agenda lain-lain, tapi konsep yang sama.
Ada sesentengah lahabau dari golongan kita pula, sudah tahu tanda-tandanya tapi buat-buat tak tahu? Atau saja gampang tak amik peduli langsung? Tepuk dada. Tanya selera. So, jangan nak huha-huha sangat.
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui info dan muslihat mereka ini lebih lanjut sila ikuti kisah pengembaraan The Arrivals ini. Boleh download full series di sini. Tak pun download je kat youtube. Seach kat sana. Aku nak berhujah kat sini pun ilmu tak cukup kat dada. So, kau orang boleh buat research sendiri. Benda baik. Kenapa tak kan? Manfaat bersama. Tapi, kalau download porn, laju pula tak payah disuruh. Heh!
sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" mereka menjawab: kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. malaikat bertanya lagi: "tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
An-Nisaa; Ayat 97.
Berdasarkan ayat di atas maka orang beriman tiada sebarang alasan yang sah pada hari akhirat. Rasulullah SAW juga telah memberikan perintah khusus dan mengingatkan mereka, maka itu tidak haruslah orang beriman mempunyai ketetapan lain:
dan tidak harus bagi orang beriman, lelaki dan perempuan -- apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara -- mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
An-Ahzaab; Ayat 36.
Sesungguhnya yang buruk itu dari aku, dan yang baik itu tentunya dari Allah SWT. Agar kita dapat manfaatkan pengalaman dan ilmu ini bersama serta elakkan apa yang patut. Berbalik pada tajuk entry aku ni dan tanya pada diri anda sendiri.

