August 5, 2010

6.



bolehkah sesebuah masyarakat yang berfikiran bebas dan dididik dengan elok dikuasai oleh orang-orang zalim? semestinya tidak, jadi selain daripada mempengaruhi kamu dengan ideologi mereka, mereka telah merangka dengan baik satu pelan jahat untuk menyebarkan korupsi kepada manusia. kerana masyarakat yang tiada budi bahasa dan hilang arah akan senang dikuasai oleh orang-orang zalim.

mengapa?

kerana seseorang yang tidak berdiri untuk apa-apa, akan jatuh kepada apa-apa bentuk kejahatan. dan masyarakat itulah yang sedang dibina oleh mereka untuk ketibaan dajjal.




The Arrivals #3; Mind Control.


Kita punya akal, maruah, keluarga, agama dan bangsa. Jangan biarkan lahanat-lahanat ini memanipulasikan pemikiran kita dengan ideologi-ideologi mereka untuk memecah belahkan kita. Mereka sangat halus -- halus dengan idea-idea mereka untuk meracuni minda dan cara hidup kita agar hanyut ke dalam lembah dunia mereka dengan pelbagai cara. Kerna itu semua permainan mereka yang telah lama dikaji dan dirangka dengan sangat teliti sejak berkurun lagi. Ia berada disekeliling kita yang terkadang kita sendiri tak perasan akan kewujudan simptom-simptom muslihat mereka. Adakah ini satu kebetulan? Heh, inilah watak-watak haram jadah yang berada di atas pentas muka bumi yang mengejarkan kesempurnaan dan kesenangan duniawi semata-mata. Dan itu adalah janji Iblis kepada Allah SWT semasa dihalau laknat ke muka bumi dari syurga -- untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai ke hari ini. So, masih tak jelas lagi?

Siapakah mereka yang aku maksudkan?

Mereka adalah kuncu-kuncu Dajjal. Golongan-golongan Elit, Illuminati, Freemason dan Zionist! -- keturunan Firaun yang menindas umat Islam sejak dari zaman dulu lagi. Dan golongan-golongan ini sedang giat aktif merancang dan melaksana muslihat-muslihat mereka sehingga kini. Agenda lain-lain, tapi konsep yang sama. Buka mata, guna otak, lihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita.

So, what ever it takes as not least we now prepare to fight for it. One who stands for nothing will fall for anything -- Remember that! Kita punya maruah. Kita punya Qada' & Qadar. Kita punya hari Kiamat. Kita punya para Nabi & Rasul. Kita punya Al-Quran & Hadis. Kita punya para Malaikat. Dan kita punya tuhan yang Satu. Jadi berpeganglah kepada elemen-elemen ini. Kerna itu adalah janji ukhuwah dari Allah SWT yang Maha Esa kepada hamba-hambanya. Aku juga turut berpesan pada diri yang lemah ini. Sesungguhnya -- Dia lebih mengetahui sedangkan kita tidak. Wallahualam.